Monday, April 17, 2006

muaahhxx

get tired of your partner? your partner constantly makes you feel bad? here's your solution..
every time your partner screw up.. have a french kiss.. nope.. not with your partner you idiot.. with his/her bestfriend or your own bestfriend.. its a good way to give your partner a clear message that you dont like he/she screw up.. besides you get the pleasure from the french kiss, your partner definitely wont make the same mistake again.. if your partner does, hmmm.. hell, have a french kiss...
muaahhxxx.. nyum nyum..

Thursday, April 13, 2006

anda sakit? tahukah anda...

aku seronok sangat bila dengar pelbagai kajian dari doktor-doktor and apparently setiap doktor menemui punca sebenar penyakit.. dont you think its interesting?? it is, indeed..

tau tak?
adakah anda tahu bahawa hampir setiap penyakit adalah berpunca kerana kekurangan oksigen dalam badan kita? mengikut kajian dr edward nesta, sekiranya kita dapat memastikan bahawa badan kita sentiasa mendapat bekalan oksigen secukupnya, kita akan dapat menjauhi segala jenis penyakit termasuklah darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan pelbagai lagi penyakit-penyakit berbahaya.. di jepun, masyarakat jepun sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit malah beribu ringgit untuk mendapatkan bekalan oksigen yang secukupnya.. ia dijual dalam bentuk gas dimana para pengguna hanya perlu menghirup dari tong oksigen yg disediakan!!
maka dengan itu, syarikat kami melihat ini sebagai satu PELUANG! sekiranya kami dapat membekalkan oksigen pada harga yang murah, maka pasti lebih ramai para pengguna mampu untuk mendapat bekalan oksigen sekaligus memiliki tubuh yang lebih sihat.. setelah mengambil masa 3 tahun, kajian kami membuahkan hasil dengan penemuan produk murah dan membekalkan oksigen.. AIR OKSIGEN!! dengan hanya RM 3 sebotol, anda boleh mendapatkan bekalan oksigen dalam badan anda.. hanya perlu minum3 botol sehari!!

tau tak?
andakah anda tau bahawa hampir setiap penyakit adalah berpunca daripada kekurangan hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pitutari.. hormon ini berkurangan hingga mencapai satu tahap dimana hanya 25% sahaja ketika kita menjangkau usia 60 tahun.. mengikut kajian dr alex dexter penurunan hormon boleh melajukan simptom penuaan termasuklah kedutan, rambut beruban, kekurangan tenaga, kemerosotan fungsi seksual, pengumpulan lemak badan, penyakit kardiovaskular, osteoprosis,penyakit jantung,tekanan darah tinggi, keguguran rambut, hepatitis B, sembelit, gastrik, penyakit kulit, kencing manis, kolesterol tinggi, migraine, lelah, kelemahan seksual, diabetes, kegemukan dan sebagainya!!
maka dengan itu, syarikat kami menjual B-SPRAY yang mampu merangsangkan kelenjar pituitari di otak kita untuk mengeluarkan hormon tersebut secara semulajadi.. apa yang anda perlu lakukan hanyalah spray sahaja ke lidah anda.. dengan hanya RM 89.90 anda bukan sahaja dapat menjauhi penyakit, malah kekal muda sepanjang hayat!!
no shit?? first i thought it was oxygen.. but then it must be hormone.. hmm.. now i got confused.. but hey, why dont i do my own research.. after a few minutes, i discover something..

tau tak?
adakah anda tahu bahawa hampir setiap penyakit adalah berpunca dari kekotoran.. sebab itu lah sunnah pun menyuruh kita menjaga kebersihan.. kebersihan itu sebahagian dari iman.. mengikut kajian dr amy silent noise, kekotoran pada muka adalah asas bagi setiap penyakit.. muka merupakan bahagian kulit sensitif di mana bakteria-bakteria yang melekat di muka diserap masuk dan mendatangkan penyakit seperti jerawat, jantung berlubang, kanser dan mati pucuk!!

maka dengan itu, syarikat kami menjual PENCUCI MUKA TONGKAT AMY!! dengan hanya RM 39.90, anda akan mencegah kulit muka anda dari menyerap bakteria-bakteria berbahaya.. bukan sahaja anda akan memiliki wajah yang lebih hensem, malah anda dapat menjauhi dari penyakit-penyakit berbahaya termasuklah pengecutan alat kelamin!! alamilah perubahan hidup anda kepada gaya hidup yang lebih sihat..
no wait.. i found something else..
tau tak?
adakah anda tahu bahawa hampir setiap penyakit adalah berpunca dari pengaliran darah songsang.. darah kita mempunyai jalan tersendiri untuk mengalir dalam badan kita.. kiranya darah kita tidak mengalir dengan betul maka ia mengundang kepada pelbagai penyakit.. mengikut kajian dr amy silent noise, peredaran darah songsang boleh mengkibatkan seseorang itu mati dan hidup dan mati kembali.. ini bererti seseorang itu akan mengalami kepedihan mati sebanyak 2 kali..
maka dengan itu, syarikat kami menjual BEKAM KACIP AMY!! bekam ini bukan sahaja mampu mengeluarkan darah kotor, malahan dapat memperbaiki peredaran darah.. dengan hanya berbelanja RM299.99 anda dapat mengelak dari keperitan mati 2 kali.. hahahahha.. menarik bukan?? kenapa perlu mengambil risiko untuk mati 2 kali? dapatkan segera sebelum ajal anda tiba!!